Fasa 4 Tahun 2026 (Daerah Johor Bahru)
Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan menerusi penyampaian bantuan secara menyeluruh dan tersusun kepada penerima yang layak di seluruh negeri Johor.
Masukkan nombor kad pengenalan tanpa simbol (-)
Platform ini dibangunkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru bagi memudahkan semakan butiran agihan Bantuan Kasih Johor Fasa 4 yang berada di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah Johor Bahru sahaja.
Inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah Johor Bahru adalah :
✓BKJ Warga Emas
✓BKJ E-Kasih
✓BKJ Bantuan Am JKM
✓BKJ Sukarelawan
✓BKJ SU JPKK
Penerima warga emas yang uzur atau golongan
Orang Kurang Upaya (OKU) tidak diwajibkan hadir.
Penerima hanya perlu membuat pengesahan maklumat terkini alamat semasa, nombor telefon untuk dihubungi melalui laman
https://bkj.johor.gov.my
bagi kelancaran penyampaian bantuan.
Semakan, rayuan dan permohonan baharu
Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 boleh dibuat
menerusi Sistem Bantuan Kasih Johor di laman sesawang
https://bkj.johor.gov.my
bermula 14 Mei 2026.